
|
Sunday, 11 December 2016 • 04:00 • 0 comments ![]() Labels: rkan2 ku.. Saturday, 11 January 2014 • 22:40 • 0 comments ![]() Mujadah Menghadapi Peperiksaan .
Amalan harian pelajar .
Seorang pelajar muslim itu hatinya hendaklah sentiasa bergantung kepada ALLAH S.W.T kerana sebagai insan yang lemah kita bergantung sepenuhnya kepada Qadha' dan qadar yang ALLAH S.W.T tentukan . Memperbetulkan niat . *Niat belajar kerana Allah S.W.T semata-mata dan bukan kerana lain . *Menuntut ilmu sebagai pengabadian diri kepada ALLAH S.W.T dan mengeluarkan diri daripada belenggu kejahilan dan taqlid . *Menuntut ilmu bagi mencari kebenaran hakiki . *Menuntut ilmu dengan niat berbakti pada umat Islam dan tidak dipengaruhi oleh rasa perkaumam yang sempit. *Menuntut ilmu bagi mengangkat martabat Islam . Umat Islam hendaklah kembali menjadi peneraju ilmu pengetahuan . *Membahagiakan ibubapa yang banyak berkorban dan berjasa pada kita. Kejayaan seorang anak merupakan hadiah paling berharga pada mereka . Tinggalkan maksiat. Ilmu merupakan cahaya yang menjadi petunjuk serta membezakan antara hak dan batil.Maksiat pula adalah kekotoran . Oleh itu , ilmu tak boleh dicampur dengan maksiat . Suatu ketika , Imam al-Syafie mengadu kepada gurunya Waqi' kerana beliau menhadapi masalah belajar dan menghafal . Maka gurunya berpesan , "Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya . Cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat" Baca AL-QURAN . Seorang penuntut ilmu perlu ada jiwa yang tenang bagi memudahkannya menuntut ilmu. Memperbanyakkan selawat. Seorang pelajar hendaklah menjadikan selawat itu sebagai amalan rutin hariannya. Sedangkan Allah SWT berselawat ke atas nabi-Nya apatah lagi kita umat Nabi SAW yang mengharapkan syafaat baginda. Baca Doa sebelum dan selepas belajar. Kelebihan pelajar Muslim berbanding pelajar bukan Muslim adalah doa . #Belajar dengan teknik yang betul , jadual waktu ynag sistematik , formula yang sistematik , kalendar peperiksaan , menjaga pemakanan dan jaga pergaulan serta percakapan ,
Amalan mingguan Pelajar .
Amalan membaca yassin.
Membaca yassin pada malam jumaat . Mendirikan solat hajat.
Masa yang paling mudah dan selesa mendirikan solat hajat adalah selepas solat Maghrib . Namun waktu yang paling afdal adalah pada waktu tengah malam atau semasa bangun qiamulail .
Ketika hampir peperiksaan .
Mohon ketenangan , memperbanyakkan selawat dan membaca yassin , lakukan solat taubat dan solat hajat , jaga kesihatan , Mohon doa ayah dan ibu serta restu guru .
Ke Dewan Peperiksaan .
Bersiap lebih awal , mengambil sarapan secara sederhana , baca yassin sebelum ke dewan .( apabila sampai pada ayat "Mubin" berhenti sekejap dan berdoa pada Allah . Ayat 12,17,24,,47,60,69,77.)
Mohonlah hajat yang sesuai dengan peperiksaan sebentar lagi , *mohon pertolongan & bantuan Allah S.W,T dlm menjawab soalan .
Semasa peperiksaan.
*Masuk awal ke dewan
*Baca doa sebelum menjawab *Berikan tumpuan dan jangan lemah semangat *Pasrah
Selepas peperiksaan.
Terimalah apa saja ketentuan takdir daripada ALLAH SWT dan yakinlah semua takdir ALLAH SWT ada hikmah yang tersembunyi .
"........dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; dan ingatlah Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahuinya . (Surah al-Baqarah ayat 216) Labels: saya doakan untuk rkan2 sya yg tercinta .. berjaya 9A+ Di dlm SPM 2014.. kite smua bolehh.. !!! Tuesday, 10 September 2013 • 18:35 • 0 comments ![]()
NASIHAT IMAM SYAFIEE
Empat perkara menyihatkan badan:
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian daripada kapas
Empat perkara melemahkan badan:
1. Selalu cemas
2. Banyak minum air ketika makan
3.. Banyak makan yang masam
Empat perkara menajamkan mata:
1. Duduk menghadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata:
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran:
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan golongan ulama
Empat cara tidur:
1. Tidur golongan Nabi - Tidur terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi.
2. Tidur golongan ulama dan ahli ibadah - Mengiring ke sebelah kanan bagi memudahkan terjaga untuk menunaikan solat malam.
3. Tidur golongan raja yang haloba - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan - Menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli neraka.
• 01:54 • 0 comments ![]() Tak perlu mencari teman secantik Balqis, Andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof, Jika kasih tak setulus Zulaikha? Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Siti Hajar. Dan mengapa didambakan teman sehidup bak Siti Khadijah kalau diri tidak sesempurna Rasulullah? #Kaum adam boleh balas dengan jawapan ini. Aku bukan Sulaiman untuk mendapat permata Balqis. Aku juga tidak sekacak Yusof untuk memperoleh cinta Zulaikha. Setiaku tidak dapat menandingi Ibrahim, jauh sekali cinta Siti Hajar. Dan.. Aku tidak mengharap teman hidup yang seindah Siti Khadijah serta semanja Siti Aisyah kerana diriku tidak sehebat Muhammad Ya Rasulullah. #Jadi, terima lah seseorang itu apa dengan apa adanya dia. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Manusia tiada yg sempurna :)Tak perlu mencari teman secantik Balqis, Andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof, Jika kasih tak setulus Zulaikha? Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Siti Hajar. Dan mengapa didambakan teman sehidup bak Siti Khadijah kalau diri tidak sesempurna Rasulullah? #Kaum adam boleh balas dengan jawapan ini. Aku bukan Sulaiman untuk mendapat permata Balqis. Aku juga tidak sekacak Yusof untuk memperoleh cinta Zulaikha. Setiaku tidak dapat menandingi Ibrahim, jauh sekali cinta Siti Hajar. Dan.. Aku tidak mengharap teman hidup yang seindah Siti Khadijah serta semanja Siti Aisyah kerana diriku tidak sehebat Muhammad Ya Rasulullah. #Jadi, terima lah seseorang itu apa dengan apa adanya dia. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Manusia tiada yg sempurna Monday, 9 September 2013 • 04:18 • 0 comments ![]()
SAHABAT
--------------------------------------------- Tak ada yang sempurna, sahabatpun pernah berbuat salah, tapi kamu selalu temukan sebuah alasan tuk maafkan mereka.. --------------------------------------------- Sahabat adalah mereka yang mampu mengeluarkan kemampuan terbaik yang ada dalam diri kamu. Mereka yang selalu berimu semangat.. --------------------------------------------- SAHABAT... Jika seorang teman dalam kesulitan, jangan mengganggunya dengan menanyakan apakah ada sesuatu yang dapat Anda lakukan. Pikirkan sesuatu yang tepat dan melakukannya.. --------------------------------------------- sahabat adalah mereka yg tahu bahwa ad sedih di matamu ketika seluruh dunia percaya dengan senyum di wajahmu... --------------------------------------------- sahabat adalah dia yg tahu apa yg dia miliki ketika bersamamu, bukan dia yg menyadari siapa dirimu setelah dia kehilangan mu.. --------------------------------------------- Persahabatan itu ibarat sekotak krayon, Masing-masing memiliki warna yang berbeda, Tapi coba jika dipadukan. Mereka akan menampilkan warna yang indah bak sebuah pelangi. Friday, 6 September 2013 • 04:17 • 0 comments ![]() saya sayang ibu n ayah sya sgt2:_ Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang insan yang bernama manusia.Pengorbanan seorang ibu,pengorbanan seorang ayah dan lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak.Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar dilupakan.Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara. Usahlah,janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita.Dia telah mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi sembilan bulan sepuluh hari kita di dalam kandungan,dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya.Dia melahirkan kita,menyusukan kita,amat tinggi pengorbanannya.Semasa kita kecil,ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita,kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.Dijaga dan dibelai,pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana ada pepatah melayu mengatakan “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”. Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.Bapa kita telah membesarkan kita,dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran kehidupan.Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan,walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka.Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita. Labels: ayah, ibu n me!!!!
|
WELCOME TO ALL
THIS ME !!
FOLLOWERS FOLLOWER CODE CREDIT
|